Tips Membeli Laptop
Komputer Riba atau lebih dikenali sebagai ‘laptop’ kini sudah bukan lagi menjadi satu lambang kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pasti memilih laptop sebagai ‘teman sejati’ yang akan menemani setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka pergi.
Info SelanjutnyaTips Menjaga Laptop
Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.
Info Selanjutnya
MariBelajar
MariBelajar
.

Sekolah ini ditubuhkan dari usaha tiga buah kampung Kg.Kilimu, Kg.Lukapan dan Kg. Tanah Merah.Dengan kerjasama dan usaha JKKK dan ketua Kg.Kilimu, Balairaya Kg.Kilimu diubah suai menjadi bilik darjah.
Pada 27 April 1997 anak-anak dari tiga buah kampung ini yang bersekolah di Sk.Pekan ditarik belajar ke Kg.Kilimu menggunakan nama Sk.Kilimu cawangan Sk.Pekan.Enam orang guru dipindahkan ke sekolah ini dari SK.Pekan yang diketuai oleh En.James Saihing.Awal tahun 1998 bangunan kilat dibina atas tapak tanah sekolah dengan 3 buah bilik darjah dan 1 unit kembar rumah guru.Pada 30 Jun 1998 dengan rasminya berpisah dengan Sk.Pekan. Guru Besar pertama Sk.Kilimu ialah En.Azmin dengan jumlah guru 13 orang, 6 buah kelas dan seramai 145 orang murid.
Pada tahun 2002 bangunan baru Sk.Kilimu telah siap dibina.Bangunan ini mempunyai 6 blok bangunan yang mempunyai kelengkapan bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, bilik muzik, bilik seni-visual, bilik pusat sumber, bilik pentadbiran,bilik guru, bilik kesihatan gigi, bilik mesyuarat, bilik setiausaha peperiksaan, bilk koperasi, bilik SPBT dan kantin sekolah. Pada Januari 2003, murid-murid dari bangunan lama sekolah berpindah ke bangunan baru sekolah ini dengan bilangan 7 buah bilik darjah guna dan seramai 17 orang guru. Pada tahun 2006 jumlah murid sekolah ini seramai 285 orang, 18 orang guru, 2 orang KTBM ,3 pekerja am swasta dan 3 orang pengawal keselamatan.Sejak sekolah ini ditubuhkan terdapat tiga orang guru besar yang bertugas di sekolah ini iaitu 1998- 2000 En.Azmin Saidin, 2000 -2005 Pn.Noraisah Hj.Suratman dan 2006 hingga sekarang En.Saili Masri.